logo

Artikel Tazkirah Tidak Puasa adalah Jenayah Syariah
Tidak Puasa adalah Jenayah Syariah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 05 August 2012 03:17

Sudahlah tidak berpuasa ditambah lagi perbuatan itu sengaja dilakukan di tempat terbuka atau tempat awam.   Sengaja merokok di tempat awam bagi menunjukkan keegoan dan rasa bangga dia tidak berpuasa.   Perkara ini sewajar dielakkan bagi menghormati Ramadan, tidak berpuasa adalah suatu dosa yang jelas dilarang syarak, sedangkan puasa satu kewajipan bagi setiap Muslim.   Jelas di dalam Al-Quran, firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang beriman!   Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan puasa itu ke atas orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”

Tidak berpuasa mengundang dosa dari segi hukum syarak, apatah lagi sekiranya dilakukan dengan sengaja dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai, menunjuk-nunjuk tidak berpuasa pula adalah satu hal yang lain.

Berdasarkan peruntukkan undang-undang jenayah syariah di Malaysia, perbuatan ini sebenarnya satu kesalahan seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen / Akta Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia.

ramadhanMengikut peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 negeri Selangor, peniaga yang didapati dengan sengaja menjual makanan kepada mereka yang tidak berpuasa boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan dikenakan tindakan di bawah seksyen 19 (a).   Seksyen 19 (a) itu pula memperuntukkan mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam Ramadan, menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.   Ini bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kali kedua peniaga itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya.

Last Updated on Monday, 07 January 2013 16:38
 

E-Perkhidmatan

klinik

Ceramah Pilihan

e-quran
e-hadith
e-fatwa
e-halal
e-khutbah
Soal Jawab
e-syariah
Direktori Masjid

Pelawat

093252
TodayToday26
YesterdayYesterday52
This MonthThis Month749
All DaysAll Days93252

Wifi@MBI

wifizone

SSID: Masjid Bukit Indah Wifi
PASSWORD: masjidbi12345

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Lagu Plihan

Beardyman and Reggie Watts on Channel 4 Headspace


Ikuti Kami

 

 

 


Masjid Bukit Indah Ampang @ 2012